Blog Casa Warisan

KURANG PASTI LOAN LEPAS ATAU TIDAK? BAGAIMANA BANK MENGIRA KELAYAKAN PINJAMAN ANDA? KLIK SINI

DSR (DEBT SERVICE RATIO)

 

BAGAIMANA BANK MENGIRA KELAYAKAN PINJAMAN ANDA?

Bagi mereka yang belum pernah membuat sebarang pinjaman melalui bank sebelum ini pasti tertanya-tanya bagaimana pihak bank menentukan berapakah amaun yang layak diberi kepada peminjam. Berbeza dengan pinjaman pekerja di sektor awam, mereka boleh membuat pinjaman berdasarkan kelayakan tangga gaji, jadi semestinya ini satu kelebihan bagi pekerja sektor awam. Untuk sektor awam boleh semak di sini .

Saya tunjukkan contoh yang biasa bank gunakan dalam mengira berapakah jumlah pinjaman yang layak kita terima.

Sistem pengiraan ini biasa dipanggil sebagai DSR (Debt Service Ratio). Jika Tetuan berjumpa pegawai bank bahagian pinjaman perumahan dan tunjuk yang Tuan tahu tentang DSR, maka mereka lebih suka untuk berurusan dengan kita kerana lebih mudah.

Memahami DSR adalah kunci yang membuka dunia pinjaman hartanah.

#1 – Kira Ansuran Bulanan

Pertama sekali, kita perlu kira berapakah bayaran ansuran bulanan yang sepatutnya kita bayar berdasarkan jumlah pinjaman kita. Cara congak yang paling mudah adalah Jumlah Pinjaman bahagi 200. Contohnya:
Jumlah Pinjaman = RM 350 000
Ansuran Bulanan = RM 350 000 / 200 = RM 1750

Untuk makluman, ini adalah cara congak kasar. Kalau kita rujuk pegawai bank pun mereka akan congak lebih kurang begini juga. Maka, katakan kita ambil RM 1750 sebagai jumlah ansuran bulanan pinjaman perumahan kita.

Untuk Kiraan yang lebih tepat, anda boleh download sendiri aplikasi android
“i money home loan calculator” di google play store atau di laman web imoney.my

contoh aplikasi kalkulator untuk mengira komitmen bulanan rumah

#2 – Kira DSR

Seterusnya adalah mengira DSR. Formula dan cara kira DSR adalah:

DSR = (Hutang Bulanan / Pendapatan Bersih Bulanan) x 100

Contohnya, kita gunakan maklumat seperti di bawah:
Pendapatan bersih sebulan = RM 3500
Hutang kereta = RM 450
Hutang motor = RM 250
Hutang Peribadi = RM 500
Hutang Kad kredit = RM 750
======================== =
Total hutang = RM 1950
=========================
Perhatian: hanya gunakan hutang yang masuk dalam sistem CCRIS ya. Hutang kawan dan duit beri pada ibu bapa setiap bulan tidak termasuk dalam kiraan ini.

Maka, DSR = (1950/3500) x 100% = 55%

Itu adalah DSR semasa sekarang. Untuk kiraan DSR selepas pinjaman, kita perlu masukkan ansuran bulan yang telah kita congak tadi ke dalam kiraan DSR:

DSR = (1950 + 1750 / 3500) x 100% = 105%

DSR yang bank akan luluskan setiap bulan adalah kurang daripada 70%. Contohnya CIMB meletakkan DSR 60%, RHB meletakkan DSR 70%, Namun ia berubah-ubah mengikut bank dan juga selera pegawai pinjaman yang menguruskan pinjaman kita. Maka sila semak dengan pegawai yang menguruskan pinjaman kita.

Merujuk contoh kiraan di atas, permohonan ini akan ditolak oleh pegawai pinjaman kerana ia jauh melebih kadar peratusan DSR yang dibolehkan. Daripada formula DSR tadi juga, kita boleh kira berapakah harga rumah yang mampu kita beli berdasarkan DSR semasa:

Pilih rumah yang bersesuaian dengan bajet anda

Katakan kita rujuk DSR maksimum adalah 70%, maka kita boleh ubahsuai formula DSR agar memfokus pada hutang bulanan:

Hutang Bulanan Maksium = (DSR maksimum / 100%) x Pendapatan Bulanan
HBm = (70% / 100%) x 3500 = 0.7 x 3500 = RM 2450

Hutang Bulanan Maksimum (HBm) – Total Hutang Sekarang = Ansuran Perumahan Bulanan=
2450 – 1950 = RM 500
Kita boleh ‘congak’ total pinjaman perumahan daripada ansuran bulanan berdasar ‘Rule 200′ pada permulaan post ini:
Jumlah Ansuran Bulanan * 200 = Total Pinjaman Perumahan
RM 500 x 200 = RM 100 000

Ya, dalam contoh ini, kita hanya mampu meminjam RM 100 000 untuk beli rumah berdasarkan DSR semasa kita. Bagaimana caranya untuk meningkatkan jumlah ini? Rujuk semula formula DSR dan tetuan akan dapat jawapannya.

“kurangkan hutang, tambah pendapatan”
“kawal nafsu, tambah ilmu”

3 Comments

  1. Alexander Rees

    on   said 

    We went down the lane, by the body of the man in black, sodden now from the overnight hail, and broke into the woods at the foot of the hill.

    Reply
  2. Alexander Rees

    on   said 

    We went down the lane, by the body of the man in black, sodden now from the overniht hail, and broke into the woods at the foot of the hill.

    Reply
  3. Ralph Davin

    on   said 

    On our side the fire had done no more than scorch the nearer trees; it had failed to secure its footing. In one place the woodmen had been at work on Saturday; trees, felled and freshly trimmed, lay in a clearing, with heaps of sawdust by the sawing-machine and its engine.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan bantuan? Chat dengan kami